<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7418007174705280781?origin\x3dhttps://carpebutts.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
“I am going to take this bucket of water and pour it on the flames of hell, and then I am going to use this torch to burn down the gates of paradise so that people will not love God for want of heaven or fear of hell, but because He is God.”


skin follow flavors
005. Adab itu pelik
Tuesday, May 24, 2011
Satu benda yang aku tak faham, dan mungkin tidak akan faham sampai bila-bila: gurauan bentuk sindiran. Sindiran ialah sesuatu yang menyebabkan seseorang sakit hati, gurauan ialah sesuatu yang sepatutnya lucu. Gabungan kedua-duanya adalah sesuatu yang sangat tidak masuk akal.

Lebih-lebih lagi bila masuk adab. Mengikut budaya, kalau orang tu lagi tua, atau ada talian darah, atau telah lama berkawan, sangat tidak sopan untuk marah balik sebagai satu tindak balas terhadap gurauan/sindiran ini. Mungkin mereka fikir mereka hebat, boleh berkata apa sahaja walaupun berdesing telinga orang yang mendengar. Aku tak boleh fikir alasan yang lebih munasabah.

Objektif penyampaian gurauan/sindiran ini juga dah puas aku fikir. Memecah keheningan? Lebih rela hening. Usaha merapatkan sillaturrahim? menjauhkan lagi adalah. Buat lawak? Sikit pun tak lucu. Nak naikkan motivasi? Menjatuhkan semangat adalah.

"Tahniah, kerana mampu berputus asa pada masa yang singkat. Hahahaha."

Kalau wujud pun kebenaran dalam kenyataan tersebut, perlukah ucapan tahniah dan gelak tawa?

Kem motivasi sangat tidak relevan.


Sesunguhnya, kalau hati dah sakit, adab tak ubah apa-apa.

Labels: ,

Older Home Newer