<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7418007174705280781?origin\x3dhttps://carpebutts.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
“I am going to take this bucket of water and pour it on the flames of hell, and then I am going to use this torch to burn down the gates of paradise so that people will not love God for want of heaven or fear of hell, but because He is God.”


skin follow flavors
007. Selamat tinggal pampers
Wednesday, May 25, 2011
Ramai orang cakap, kehidupan kat U ni berbeza, lebih mencabar. Tapi teori aku berkata, zaman sekolah mereka itu senang. Kalau sudah terpacak persepsi kehidupan dari kaca mata seorang pelajar sekolah, maka dugaan yang lebih susah dikatakan mencabar. Mungkin perkara-perkara sebegitu tidak dijangka, oleh itu, cabaran itu dikatakan sesuatu perkara asing yang menyusahkan, dan bukannya dianggap sebagai kehidupan itu sendiri.

Ramai orang cakap, 'expect the unexpected', tapi frasa itu sendiri bagi aku, sangat tidak masuk akal. Sekiranya aku menjangkakan sesuatu yang aku fikir, tidak dijangka, maka jangkaan yang tidak dijangka itu secara langsung berubah menjadi jangkaan yang dijangka. Setelah lama meneliti frasa ini, aku ingin menyatakan pandangan aku bahawasanya wujud frasa yang lebih tepat dan mudah difahami : 'Expect nothing!'. Jangan jangka ia susah, dan jangan jangka ia mudah. Terima seadanya, dan manipulasi cara penerimaan itu berdasarkan penilaian selepas melaluinya. Sebagai persediaan awal, percayalah rasionaliti sendiri.

Aku menghadiri satu kursus persediaan ke IPT, anjuran PEMBINA. Para penceramah bukanlah terdiri daripada kelompok orang yang mempunyai kedoktoran falsafah dalam psikologi manusia, sebaliknya, hanyalah orang biasa yang layak memberi ceramah atas dasar mereka juga pernah berada di kasut kami yang bakal ke IPT. Satu ayat yang aku takkan lupa dari kursus itu,

"Jangan tunggu Prince charming atau heroin cun untuk muncul dalam hidup korang untuk memberi kata-kata semangat "You can do it!", sebab golongan ini tak wujud. Mereka fiksyen semata-mata."

Dan aku adalah watak utama filem yang aku tengah berlakon sekarang. Dalam filem ini, fokus cerita hanyalah aku seorang, dan dalam babak yang akan datang, aku akan berjaya dalam pengajian aku di IIUM. Memang, aku hanya merancang, Allah sebagai pengarah menentukannya. Mana tahu, ada plot twist tiba-tiba.

Aku balik Kelantan minggu lepas. Nenek aku tak habis-habis bagi aku nasihat yang berbentuk: Sabar, jangan berboyfriend lagi. Begitu ironis kata-kata tersebut, kerana aku sangatlah singular.



Tapi aku tahu, sesungguhnya reaksi paranoia nenek aku itu menunjukkan sifatnya yang mengambil berat perihal cucunya.Tak salah (just annoying sometimes)

Sudah 6 bulan, tiba masanya untuk menyibukkan diri dengan pembelajaran, assignments dan hal-hal yang sewaktu dengannya.

Goodbye to pampered life, Hello to actually living!

Labels: ,

Older Home Newer