<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7418007174705280781?origin\x3dhttps://carpebutts.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
“I am going to take this bucket of water and pour it on the flames of hell, and then I am going to use this torch to burn down the gates of paradise so that people will not love God for want of heaven or fear of hell, but because He is God.”


skin follow flavors
011. Suara berharap
Monday, June 6, 2011

Hari ini result APT EPT tampal di notice board. Eh, sabar! tak pergi tengok pun lagi. Kita heroin tak gaduh, orang lain berebut nak tengok, lupa kawan & roommate, kita relax je.

Lokasi terkini: Mahallah Khadijah, bilik Effah
Keadaan emosi: Tenang (okay, tipu,cemas sedikit)
Medium alam maya: Laptop Effah, broadband.

Dua hari lepas Abah, Ummi, Una, Maryam datang menjenguk. Tidak dirancang pun lawatan tersebut, secara kebetulan kenduri kahwin berada dalam lingkungan radius koordinasi kedudukan aku di mata dunia. Aku meluahkan hasrat aku untuk mengalih course dari Engineering ke Computer Science, dan sememangnya aku telah mengisi borang semalam di Department of ICT, selepas briefing Academic di Dewan Al-Malik Faisal.

Mereka juga telah memaklumkan kepadaku, bahwasanya, mereka akan bertolak ke Kelantan tidak lama lagi. Itu bermakna, tiada sesiapa di rumah kecuali bibik. Hal ini sedikit sebanyak membimbangkan aku, oleh kerana aku menyimpan niat untuk pulang ke rumah minggu ini. Namun aku tidak khuatir,kerana aku ingin belajar menaiki kenderaan awam, dengan CFS IIUM ini sebagai titik permulaan, dan rumah sebagai titik pengakhiran.

Doakan keyakinan aku!

amin.

Labels: , ,

Older Home Newer