<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7418007174705280781?origin\x3dhttps://carpebutts.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
“I am going to take this bucket of water and pour it on the flames of hell, and then I am going to use this torch to burn down the gates of paradise so that people will not love God for want of heaven or fear of hell, but because He is God.”


skin follow flavors
023. Tenang yang maut
Tuesday, June 21, 2011
Teringat ketika Form 1 dulu, hidup porak-peranda, semua serba-serbi tak kena, tekanan perasaan yang tinggi dan masalah yang begitu complex membuat dada aku sesak untuk bernafas, dan hidup terasa begitu berat untuk dibawa, terasa seperti nak pindah sekolah masa tu jugak! Tapi satu perkara sahaja yang mewujudkan perasaan 'masih ingin bertahan' dalam diri - Bumbung.

Tidak, bukanlah aku ingin membunuh diri ketika itu, soalnya, aku perlukan sebuah cara untuk menyalurkan tenaga negatif dalam diri aku untuk keluar, dan bumbung itu merupakan satu tempat yang tersangatlah sesuai.

Bagaimanakah hendak gambarkan perasaan berada di atas bumbung, sesuatu yang maya hendak dizahirkan dengan kata-kata...

Terasa seperti dunia ini berubah menjadi begitu perlahan, terasa seperti hati ini dipujuk dengan tepukan angin bayu, terasa seperti kritikan dan penghinaan yang diberi tidak bermakna, terasa begitu indahnya alam, terasa seperti bernafas kerana mahu dan bukan kerana tekanan dalam paru-paru, terasa seperti... masalah itu lutsinar untuk sementara waktu. Walaupun ia tak hilang, ia memberi ruang untuk aku bernafas- dan aku tak boleh bayang keadaan aku sekiranya berlaku sebaliknya.

Apabila aku tiba di CFS IIUM ini, perkara pertama yang aku ingin pastikan, ialah bahawasanya bumbung asrama itu mampu dipijak, betapa kecewanya aku apabila mendapat tahu yang bumbungnya rata, mampu dipijak, tapi pintunya tak terbuka untuk pelajar-pelajar seperti aku. 

Ada cerita disebalik mangga besi itu, bermula dengan latar masanya yang berlaku ketika baru habis final sem, empat orang sekawan naik sampai atas bumbung Mahallah Khadijah, fakta tambahan kepada sesiapa yang tidak mengetahui, mahallah Khadijah ada 9 tingkat, maka bumbung itu boleh dikira tingkat yang ke-10. Aku tak pernah naik sampai bumbung Khadijah, jadi aku tidak boleh menggambarkan latar tempatnya, namun aku diberitahu yang terdapat satu 'gap' yang perlu dilangkah untuk ke bumbung tersebut. Aku tidak tahu sebesar mana gap itu, dan aku tidak boleh mengagak besar mana 'langkah' itu, yang pasti, lompatan itu memerlukan keberanian- dan kadang-kadang, keberanian itu tidak selari dengan rasionaliti. Fulan yang pertama lompat, lulus. Kedua lompat, lulus. Yang ketiga lompat....antara hidup dan mati, lulus hidup, gagal...kecundang. Dan hasil keberanian tak bertempat itu, beliau kecundang. Namun ajalnya belum sampai, tapi paralyzed seumur hidup bukanlah sesuatu yang banyak bezanya dengan maut itu sendiri.

Dalam dua minggu taaruf week itu, aku sedikit depressed mengetahui aku mungkin tidak mampu merasaai the rooftop effect selepas ini. Aku bukanlah mengagak yang kehidupan aku di sini akan bercelaru seperti dulu, kemahuan aku untuk merasainya sekali lagi bukanlah atas dasar masalah hidup, tetapi nikmat mengharungi pelbagai emosi itu semata-mata.

Apabila mendengar kata-kata berkaitan pembunuhan diri ini, dunia tumblr, yang penuh dengan suicidal thoughts nya (especially you Tihoh, that twisted mind of yours.), aku sering terfikir, bagaimanakah perasaannya, melalui free fall, apabila satu-satunya force yang berkaitan adalah graviti, dan bumi adalah final displacement.

Oh fizik, berapa orang dah mengaplikasikan kau?

Labels: , ,

Older Home Newer