<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7418007174705280781?origin\x3dhttps://carpebutts.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
“I am going to take this bucket of water and pour it on the flames of hell, and then I am going to use this torch to burn down the gates of paradise so that people will not love God for want of heaven or fear of hell, but because He is God.”


skin follow flavors
037. Hamba Ramadhan
Friday, July 29, 2011
"Jadi hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan."

Ayat itu masih segar dalam ingatan. Ayat seorang Ustaz di Surau Taqwa, tazkirah sekejap selepas rakaat keempat tarawih. Aku dah blog pasal hal ini tahun lepas, iaitu isu keikhlasan, bersama dengan topik Lailatul Qadar, tapi jari sangat malas untuk ber-ctrl+C dan ber-ctrl+V, maka tekanlah link ini,  (By natures changing course untrimm'd), blog post Ramadhan aku tahun lepas, zaman tengah-tengah nak trial.

Tadi halaqah umum selepas Maghrib Jemaah, berdiskusi hal persediaan Ramadhan dan ingin aku berkongsi sedikit sebanyak input perbincangan tersebut.

Mungkin rutin dosa-dosa kecil masih berlegar. Betapa mudahnya mengumpat, betapa senangnya hanyut dalam lagha, dan betapa naturalnya berboros, lebih-lebih lagi Mega Sale Raya berlumba-lumba nak timbul, dan mungkin keikhlasan puasa itu tidak cukup kuat untuk menjadi perisai, jadi kita kena ingatkan  seluruh anggota badan kita yang mudah lupa ini (terutamanya hati, degil) bahawasanya "Aku Puasa"

Semangat tiba-tiba 'up' nak buat solat sunat itu ini, tapi kalau dah terlajak tidur sebab Qiam, tertinggal Subuh, dimanakah prioriti? 

"Degradation is a consolation, depression is motivation and fear is a drive."
Sebulan dia outstation, semestinya dia nak spend masa lebih sikit sebelum dia blah sekejap. Dan operasi dia yang paling menjadi, semestinya lajak tidur Subuh. Petua bangun awal, baca Surah-surah 'alarm' sebelum tidur, insyaAllah tergerak otak nak kembalik kepada realiti.

Silent alarms: Sajadah, last Ayat of Kahfi....and a few that I've forgot(kalau tahu, bagitahulah)

Cikgu selalu cakap, kalau 24 jam tak revise balik ilmu yang dipelajari, nanti ilmu itu hilang. Maka aku tergerak nak ambil sedikit waktu study exam BTQ esok nak blog hal ini sebelum ilmu itu hilang dari benak fikiran.

Sekian, Selamat berlapar dan dahaga.

Labels:

Older Home Newer